Profil Syarikat
Kata aluan CEO
“Kami berpegang teguh pada visi untuk menjadi peneraju dalam inovasi teknologi dan penyelesaian pengaturcaraan komputer di rantau ini.”
Sejak penubuhan pada Ogos 2020, kami komited terhadap inovasi berterusan, kualiti dan integriti, pengembangan ekosistem serta pembangunan modal insan. Insya-Allah, kami berazam menjadi syarikat Bumiputera yang berdaya saing seiring dengan syarikat teknologi terkemuka dunia. Terima kasih kepada pelanggan atas sokongan dan keyakinan berterusan, serta kepada pasukan kami atas semangat dan dedikasi dalam menjadikan Myrich Dynasty Networks Sdn Bhd sinonim dengan kecemerlangan digital.
Mohammad Yusof Bin Sultan Alavudin
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)Visi
Menjadi rakan teknologi yang dipercayai dalam menyediakan penyelesaian digital yang praktikal untuk memudahkan urusan institusi, organisasi dan komuniti.
Misi
Penyelesaian Teknologi Berimpak Tinggi
Membangunkan sistem dan perisian berkualiti yang disesuaikan dengan keperluan sebenar organisasi.
Rakan Strategik Transformasi Digital
Membantu organisasi memperkukuh operasi, infrastruktur dan tadbir urus digital secara berperingkat.
Memperkasa Ekosistem Komuniti
Membina sistem yang praktikal, mampan dan mudah digunakan untuk institusi serta komuniti.
Myrich Dynasty Networks
Teknologi yang menyatukan operasi, data dan komuniti.
Myrich Dynasty Networks Sdn Bhd ialah syarikat teknologi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2020, berfokus kepada pembangunan sistem digital, integrasi teknologi dan transformasi digital untuk institusi, organisasi serta komuniti.
Sebagai syarikat IT yang menyediakan penyelesaian teknologi menyeluruh, kami membantu organisasi mengurus sistem, data, automasi operasi dan tadbir urus digital dengan lebih cekap, telus serta strategik.
Kami membangunkan penyelesaian yang boleh disesuaikan untuk pelbagai sektor, daripada institusi dan organisasi komuniti hingga perniagaan serta agensi. Setiap sistem dibina berasaskan keperluan sebenar, data yang tersusun dan tadbir urus yang memberi impak tinggi.
Pendaftaran SSM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia — Sijil Pemerbadanan Syarikat Persendirian.
Sijil Pemerbadanan Syarikat Persendirian
Asas penubuhan syarikat
MYRICH DYNASTY NETWORKS SDN. BHD.
Ditubuhkan pada 10 Ogos 2020, Myrich Dynasty Networks Sdn. Bhd. membangunkan penyelesaian teknologi dan inovasi digital untuk memperkukuh kecekapan operasi, memodenkan pengurusan dan memberi nilai jangka panjang kepada pelanggan.
Pendaftaran MOF
Maklumat pendaftaran syarikat dan kod bidang di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.
Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
Syarikat berdaftar secara rasmi untuk perkhidmatan ICT, teknologi dan penyelenggaraan.
Kod Bidang Berdaftar
Hardware Low End Technology
Hardware High End Technology
Software, OS, Database & Maintenance
Software Customization & Maintenance
Telecommunication, Networking & Services
Data Management & Services
ICT Security, Firewall, Encryption, PKI & Antivirus
System & Maintenance
Hardware & Software Leasing / Renting
Latihan, Tenaga Pengajar, Moderator & Negotiator
Sijil Akuan PMKS
SME Corp. Malaysia — Pengiktirafan Status PMKS.



Pengiktirafan Status PMKS
Syarikat diiktiraf sebagai Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam kategori Kecil. Pengiktirafan ini mengesahkan pematuhan kepada definisi dan kriteria PMKS di peringkat nasional.